Hamzah Bin Abdul Mutthalib -
Singa Allah
Thabarani telah mengeluarkan
dari Al-Harits At-Taimi dia
berkata: Adalah Hamzah bin
Abdul Mutthalib r.a. pada hari
pertempuran di Badar membuat
tanda dengan bulu burung
Na'amah (Bangau). Sesudah
selesai peperangan, maka
seorang dari kaum Musyrikin
bertanya: Siapa orang yang
bertanda dengan bulu burung
Na'amah itu? Maka orang
berkata: Dialah Hamzah bin Abdul
Mutthalib. Sambut orang itu lagi:
Dialah orang yang banyak
memalu kita di dalam
peperangan itu. (Majma'uz
Zawa'id 6:81)
Bazzar mengeluarkan dari Abdul
Rahman bin Auf ra. dia berkata:
Bertanya Umaiyah bin Khalaf
kepadanya: Hai Abdullah! Siapa
orang yang memakai bulu
burung Na'amah di dadanya
pada perang Badar itu? jawabku:
Dia itu paman Muhammad, dialah
Hamzah bin Abdul Mutthalib ra.
Berkata lagi Umaiyah bin Khalaf:
Dialah orang yang banyak
memalu kita dengan senjatanya
sehingga dia dapat membunuh
ramai di antara kita. (Majma'uz
Zawa'id 6:81)
Hakim telah mengeluarkan dari
Sabir bin Abdullah ra. dia
berkata: Rasulullah SAW mencari-
cari Hamzah pada hari Ubud
setelah selesai peperangan, dan
setelah semua orang berkumpul
di sisinya: Di mana Hamzah?
Maka salah seorang di situ
menjawab: Tadi, saya lihat dia
berperang di bawah pohon di
sana, dia terus menerus
mengatakan: Aku singa Allah,
dan singa RasulNya! Ya Allah, ya
Tuhanku! Aku mencuci tanganku
dari apa yang dibawa oleh
mereka itu, yakni Abu Sufyan bin
Harb dan tentera Quraisy. Dan
aku memohon uzur kepadamu
dari apa yang dibuat oleh
mereka itu dan kekalahan
mereka, yakni tentera Islam yang
melarikan diri! Lalu Rasulullah
SAW pun menuju ke tempat itu,
dan didapati Hamzah telah
gugur. Bila Beliau melihat
dahinya, Beliau menangis, dan
bila melihat mayatnya dicincang-
cincang, Beliau menarik nafas
panjang. Kemudian Beliau
berkata: Tidak ada kain kafan
buatnya?! Maka segeralah
seorang dari kaum Anshar
membawakan kain kafan
untuknya. Berkata Jabir
seterusnya, bahwa Rasulullah
SAW telah berkata: Hamzah
adalah penghulu semua orang
syahid nanti di sisi Allah pada
hari kiamat. (Hakim 3:199)
Ibnu Ishak telah mengeluarkan
dari Ja'far bin Amru bin Umaiyah
Adh-Dhamri, dia berkata: Aku
keluar bersama Abdullah bin Adiy
bin Al-Khiyar pada zaman
Mu'awiyah ra... dan disebutkan
ceritanya hingga kami duduk
bersama Wahsyi (pembunuh
Hamzah ra.), maka kami berkata
kepadanya: Kami datang ini
untuk mendengar sendiri
darimu, bagaimana engkau
membunuh Hamzah ra. Wahsyi
bercerita: Aku akan memberitahu
kamu berdua, sebagai mana aku
sudah memberitahu dahulu
kepada Rasulullah SAW ketika
Beliau bertanya ceritanya dariku.
Pada mulanya, aku ini adalah
hamba kepada Jubair bin
Muth'im, dan pamannya yang
bernama Thu'aimah bin Adiy
telah mati terbunuh di perang
Badar. Apabila kaum Quraisy
keluar untuk berperang di Uhud,
Jubair berkata kepadaku: Jika
engkau dapat membunuh
Hamzah, paman Muhammad
untuk menuntut balas kematian
pamanku di Badar, engkau akan
aku merdekakan. Bila tentera
Quraisy keluar ke medan Uhud,
aku turut keluar bersama
mereka. Aku seorang Habsyi
yang memang mahir untuk
melempar pisau bengkok, dan
sebagaimana biasanya orang
Habsyi, jarang-jarang tidak
mengenai sasaran apabila
melempar. Apabila kedua belah
pihak bertempur di medan Uhud
itu, aku keluar mencari-cari
Hamzah untuk kujadikan
sasaranku, sehingga aku
melihatnya di antara orang yang
bertarung, seolah-olahnya dia
unta yang mengamuk, terus
memukul dengan pedangnya
segala apa yang datang
menyerangnya, tiada seorang
pun yang dapat melawannya.
Aku pun bersiap untuk
menjadikannya sasaranku. Aku
lalu bersembunyi di balik batu
berdekatan dengan pohon yang
dia sedang bertarung, sehingga
apabila dia datang berdekatan
denganku, mudahlahlah aku
melemparkan pisau racunku itu.
Tatkala dia dalam keadaan
begitu, tiba-tiba datang
menyerangnya Sibak bin Abdul
Uzza. Apabila Hamzah melihat
Sibak datang kepadanya, dia
berteriak: Mari ke sini, siapa yang
hendak mencari maut!
Dipukulnya dengan sekali
pukulan kepalanya terus
berguling di tanah. Maka pada
ketika itulah, aku terus
mengacung-acungkan pisau
bengkokku itu, dan apabila aku
rasa sudah tepat sasaranku, aku
pun melemparnya kepada
Hamzah mengenai bawah
perutnya terus rnenembusi
bawah selangkangnya. Dia
mencoba hendak menerkamku,
tetapi dia sudah tidak berdaya
lagi, aku lalu meninggalkannya di
situ sehinggalah dia mati.
Kemudian aku kembali lagi untuk
mengambil pisau bengkokku itu,
dan aku membawanya ke
perkemahan kami. Aku duduk di
situ menunggu, dan aku tidak
punya hajat yang lain, selain dari
hendak membunuh Hamzah agar
aku dapat dimerdekakan oleh
tuanku.
Apabila kami kembali ke Makkah,
seperti yang dijanjikan oleh
tuanku, aku dimerdekakan. Aku
terus tinggal di Makkah. Dan
apabila kota Makkah ditakluki
oleh Rasulullah SAW aku pun
melarikan diri ke Tha'if dan
menetap di sana. Apabila
rombongan orang-orang Tha'if
bersiap-siap hendak menemui
Rasulullah SAW untuk memeluk
Islam, aku merasa serba salah
tidak tahu ke mana harus
melarikan diri. Aku berfikir,
apakah aku harus melarikan diri
ke Syam, atau ke Yaman, ataupun
ke negeri-negeri lainnya, sampai
kapan aku akan menjadi orang
buruan?! Demi Allah, aku
merasakan diriku susah sekali.
Tiba-tiba ada orang yang datang
kepadaku memberi nasehat: Apa
yang engkau susahkan?
Muhammad tidak membunuh
orang yang masuk ke dalam
agamanya, dan menyaksikan
syahadat kebenaran! Aku tidak
ada jalan melainkan menerima
nasehat itu. Aku pun menuju ke
Madinah untuk menemui
Rasulullah SAW Memang tiada
disangka-sangkanya melainkan
dengan tiba-tiba Beliau
melihatku berdiri di hadapannya
menyaksikan syahadat
kebenaran itu. Beliau lalu
menoleh kepadaku seraya
berkata: Apakah engkau ini
Wahsyi? Jawabku: Saya, wahai
Rasulullah! Beliau berkata lagi:
Duduklah! Ceritakanlah
bagaimana engkau rnembunuh
Hamzah?! Aku lalu menceritakan
kepadanya seperti aku
menceritakan sekarang kepada
kamu berdua.
Apabila selesai bercerita, Beliau
berkata kepadaku: Awas! Jangan
lagi engkau datang
menunjukkan wajahmu
kepadaku! Kerana itu aku terus-
menerus menjauhkan diri dari
Rasulullah SAW supaya Beliau
tidak melihat wajahku lagi,
sehinggalah Beliau wafat
meninggalkan dunia ini.
Kemudian apabila kaum Muslimin
keluar untuk berperang dengan
Musailimah Al-Kazzab, pemimpin
kaum murtad di Yamamah, aku
turut keluar untuk berperang
dengannya. Aku bawa pisau
bengkok yang membunuh
Hamzah itu. Ketika orang sedang
gawat bertempur, aku mencuri-
curi masuk dan aku lihat
Musailimah sedang berdiri dan di
tangannya pedang yang
terhunus, maka aku pun
membuat persiapan untuk
melemparnya dan di sebelahku
ada seorang dari kaum Anshar
yang sama tujuan denganku. Aku
terus mengacung-acungkan
pisau itu ke arahnya, dan apabila
aku rasa sudah boleh mengenai
sasarannya, aku pun
melemparkannya, dan
mengenainya, lalu orang Anshar
itu menghabiskan hidupnya
dengan pedangnya. Aku sendiri
tidak memastikan siapa yang
membunuh Musailimah itu,
apakah pisau bengkokku itu,
ataupun pedang orang Anshar
tadi, hanya Tuhan sajalah yang
lebih mengetahui. Jika aku yang
membunuhnya, maka aku telah
membunuh orang yang terbaik
pada masa hayat Rasulullah SAW
dan aku juga sudah membunuh
orang yang paling jahat sesudah
hayat Beliau. (Al-Bidayah Wan-
Nihayah 4:18)
Bukhari telah mengeluarkan dari
Ja'far bin Amru sebagaimana
cerita yang sebelumnya, cuma
apabila orang ramai berbaris
untuk berperang, lalu keluarlah
Sibak seraya menjerit: Siapa yang
akan melawanku? Hamzah pun
keluar untuk melawannya, lalu
Hamzah berkata kepadanya: Hai
Sibak! Hai putera Ummi Anmar,
tukang sunnat orang
perempuan! Apakah engkau
hendak melawan Allah dan
RasulNya? Hamzah lalu
menghantamnya dengan suatu
pukulan yang keras
menghabiskannya.